Khamis, 30 Disember 2021

Suratan untukmu Norazlina


Sahabatku Norazlina,

Apa khabar? Hari ini sudah 1 minggu sejak kau tiada di sini.. aku harap kau baik2 saja di sana.. hari ini aku mahu tulis suratan untuk kau yang kini sudah tiada bersama kami..

Aku masih ingat waktu dulu kita bersekolah yang sama, belajar sama2, makan sama2, main sama2.. memang happy waktu dulu.. masih tak dapat & takkan ku lupakan saat2 itu..

Kau seorang yang baik hati.. bukan baik hati ja tapi juga seorang yang selalu tersenyum tanpa marah atau sedih.. kau juga seorang yang rajin belajar, semua subjek boleh dapat A+ atau A ja..

Sejak graduation pun kita dapat jumpa sebab kau ni juga aku punya jiran.. kau tinggal di seberang aku punya rumah.. masa PKP pun kau lambai2 kau punya tangan, aku balas juga dengan aku punya tangan.. memang beriringan senyuman yang manis & mesra..

Tapi tak lama lagi, aku sampai ke Pahang sebab sudah apply ke kmph.. kau tak ikut sebab kau tak mahu belajar terus.. tiada apa2, baik hati sudah ok ja.. kita ada whatasapp.. kan?

Sayangnya, mungkin Allah lebih menyayangi kau.. bak lagu p ramlee.. rindu hatiku tak terkira.. sedih benar nak tulis pasal hari tu kau pergi tanpa kata..

Aku terkejut bila terima call dari kau punya ibu yang kau pengsan masuk hospital.. aku menangis.. mengalir air mata bagai hujan lebat.. aku berdoa kepada Allah agar kau cepat bangun.. tapi sayangnya, kau akhirnya pergi.. tanpa sebarang kata..

Aku masih tak dapat, tak dapat mahu pula yang kau sudah tiada.. 1 hari sebelum hari tu kita video call, kau rupanya sihat, meskipun kau kata kau sakit hati.. tapi tak pernah sangka kau tiba2 pergi..

Maaf sebab tak dapat bersama dengan kau pada saat terakhir.. aku mahu tapi tak sempat bagi aku yang masih ada di semenanjung.. kau masih di sabah..

Terima kasih kerana jadi kawanku.. walau kau sudah tiada di sini, kau masih tetap di hatiku.. untuk selamanya..

Semoga roh dicucuri rahmat & ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman.. aminn (x3) yra..

Sahabatmu yang abadi,
Siti Sintrinia binti Ibrahim

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Suratan untukmu Norazlina

Sahabatku Norazlina, Apa khabar? Hari ini sudah 1 minggu sejak kau tiada di sini.. aku harap kau baik2 saja di sana.. hari ini aku mahu tuli...