Khamis, 30 Disember 2021

Suratan untukmu Norazlina


Sahabatku Norazlina,

Apa khabar? Hari ini sudah 1 minggu sejak kau tiada di sini.. aku harap kau baik2 saja di sana.. hari ini aku mahu tulis suratan untuk kau yang kini sudah tiada bersama kami..

Aku masih ingat waktu dulu kita bersekolah yang sama, belajar sama2, makan sama2, main sama2.. memang happy waktu dulu.. masih tak dapat & takkan ku lupakan saat2 itu..

Kau seorang yang baik hati.. bukan baik hati ja tapi juga seorang yang selalu tersenyum tanpa marah atau sedih.. kau juga seorang yang rajin belajar, semua subjek boleh dapat A+ atau A ja..

Sejak graduation pun kita dapat jumpa sebab kau ni juga aku punya jiran.. kau tinggal di seberang aku punya rumah.. masa PKP pun kau lambai2 kau punya tangan, aku balas juga dengan aku punya tangan.. memang beriringan senyuman yang manis & mesra..

Tapi tak lama lagi, aku sampai ke Pahang sebab sudah apply ke kmph.. kau tak ikut sebab kau tak mahu belajar terus.. tiada apa2, baik hati sudah ok ja.. kita ada whatasapp.. kan?

Sayangnya, mungkin Allah lebih menyayangi kau.. bak lagu p ramlee.. rindu hatiku tak terkira.. sedih benar nak tulis pasal hari tu kau pergi tanpa kata..

Aku terkejut bila terima call dari kau punya ibu yang kau pengsan masuk hospital.. aku menangis.. mengalir air mata bagai hujan lebat.. aku berdoa kepada Allah agar kau cepat bangun.. tapi sayangnya, kau akhirnya pergi.. tanpa sebarang kata..

Aku masih tak dapat, tak dapat mahu pula yang kau sudah tiada.. 1 hari sebelum hari tu kita video call, kau rupanya sihat, meskipun kau kata kau sakit hati.. tapi tak pernah sangka kau tiba2 pergi..

Maaf sebab tak dapat bersama dengan kau pada saat terakhir.. aku mahu tapi tak sempat bagi aku yang masih ada di semenanjung.. kau masih di sabah..

Terima kasih kerana jadi kawanku.. walau kau sudah tiada di sini, kau masih tetap di hatiku.. untuk selamanya..

Semoga roh dicucuri rahmat & ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman.. aminn (x3) yra..

Sahabatmu yang abadi,
Siti Sintrinia binti Ibrahim

Selasa, 21 Disember 2021

Banjir..

Paluii banar. Banjir di sana sini.. takde pun ada hujan lebat..

Hari sabtu aku punya kawan yang belajar di shah alam call aku.. dia cakap keadaan di shah alam memang teruk benar.. air sudah masuk ke dalam dia punya rumah..

Aku jawab.. pahang pun sama juga.. air masuk ke dalam aku punya rumah juga.. sudah tak boleh nak keluar, jalan2 pun susah juga..

Nasib baik aku punya bilik tak kena sebab ada di tingkat atas.. bilik piano pun ok juga.. tapi abang.. sudah marah sudah.. hampir tak dapat control pula.. tilam, almari, meja semua basah sudah..

Ya Allah, selamatkanlah malaysia daripada banjir yang gila..

Khamis, 9 September 2021

Stalker??

Assalamualaikum semua.. harini aku nak share sikit pasal kejadian semalam.. sorry ada campur sikit cakap sabah.. :)

Aku sudah bosan nak dengar berita pasal covid.. tiap2 hari tinggi benar, belum pasti pula bila nak turun sangat.. nak keluar makan pun susah juga sebab dikatakan tak selamat.. kelas pun semua online, sudah rindu kelas fizikal.. tapi bila ingat kejadian semalam, aku rasa online pun tak selamat..

Semalam aku dengar my favourite muzik sambil buka facebook.. tiba2 dengar bunyi call.. rupanya ada yang nak call aku.. aku terkejut lalu tengok siapa.. dia ni facebook friend lelaki tapi tak pernah jumpa, lagi tak kenal pula.. aku terus reject sebab tak payah nak terima.. dulu pun ada insiden yang sama, so aku terus abaikan ja..

Tapi kali ini lain pula.. baru aku reject dia punya call, langsung dia call lagi.. aku rasa pelik & reject lagi.. baru kembali nak dengar muzik, dia call lagi.. sudah 3 kali sudah pula.. apa masalah dia ni??

Aku terpaksa mesej dia.. "kenapa nak call aku terus walau aku tak nak?" dia cakap dia ada yang nak bagi tahu.. bagi tahu apa? aku tak kenal dia, tak pernah jumpa dia, lagi tak minat dia pula! aku tak nak terima dia punya call pun tak boleh ke? lepas tu aku cakap, "kalau nak bagi tahu, boleh mesej, bukan call.."

Dia call lagi.. gila.. aku cakap tak nak kenapa nak terus call sangat? dia suka aku ke? atau nak jumpa aku? aku mesej dia, "aku ulang lagi, nak bagi tahu aku, mesej ja, no call ok?" simple je, dia pun orang sabah juga, kami cakap sabah, mesti bha dia faham..

Rupanya dia tak faham.. atau tak nak faham.. lepas tu semakin gila, dia cakap dia mau video call.. hey, apa masalah kau? tak faham bahasa ke? sudah banyak kali aku cakap, aku tak kenal kau, aku tak minat kau pula, jadi aku tak nak call sama kau.. tak nak call sama kau, kau nak video call pula?

Aku perasan, dia mesti ada tujuan yang tak baik.. rupanya dia nak tengok auratku (sebab dulu aku pernah terkena pula.. ada lelaki yang berani tunjukkan dia punya butuh.. what the hell)..

Jadi? aku block dia terus.. aku bagi tahu dia, aku tak nak video call juga, tapi dia cakap wait a moment.. so aku cepat block dia tanpa membazir masa..

Aku masih belum tahu tujuan sebenar dia.. mungkin dia suka aku, atau nak call aku je, atau dia ni scam.. tapi tujuan apa pun, tak nak maksud tak nak, jangan nak terus call kalau aku reject banyak kali.. kalau nak teruskan, sudah pasti, dia ni mesti stalker..

Haihhhh.. dunia ni tak selamat, macam mana nak hidup terus..

Suratan untukmu Norazlina

Sahabatku Norazlina, Apa khabar? Hari ini sudah 1 minggu sejak kau tiada di sini.. aku harap kau baik2 saja di sana.. hari ini aku mahu tuli...